FUNGSI

Beberapa tatacara dan panduan perkhidmatan kawalan keselamatan yang diberikan adalah seperti berikut:

  1. Melindungi individu, harta benda, premis perniagaan dan kawasan kediaman daripada kemalangan, kebakaran, kecurian, kerosakan dan pencerobohan .
  1. Memberi kebenaran hanya kepada orang yang telah diberi kuasa untuk memasuki premise/kawasan di bawah kawalan dan sentiasa menjaga dan mengawasi kedatangan pelawat dan kontraktor terutama selepas waktu kerja biasa.
  1. Bertanggungjawab dan mengawasi semua keadaan kecemasan, merekod keterangan di buku log berkenaan perkara atau kejadian yang luarbiasa dan segera melaporkan kepada orang yang bertanggungjawab (yang telah diberi kuasa).
  1. Sentiasa menguatkuasakan dan mematuhi semua peraturan keselamatan.
  1. Selalu mengadakan kawalan di sekitar premis/kawasan di bawah kawalan dan menjaga kepentingannya.
  1. Mengetahui setiap tempat operasi sistem penggera kebakaran dan memastikan sitem beroperasi dengan baik serta mahir dalam cara-cara mengendalikan prosedur sistem pencegah kebakaran.
  1. Memberitahu kepada orang yang bertanggungjawab mengenai sebarang kecelakaan atau faciliti yang di dapati telah rosak di premis/kawasan di bawah kawalan.
  1. Memastikan orang yang tidak berkenaan dengan premis/kawasan di bawah kawalan tidak memasuki atau berada di dalam persekitaran premis/kawasan.
  1. Sentiasa memerhati dan mengawas kelancaran pergerakan kenderaan di setiap kawasan meletak kenderaan di premis/kawasan dibawah kawalan.
  1. Melindungi kemudahan-kemudahan di premis/kawasan di bawah kawalan, menyelia dan menjaga segala kemudahan tersebut ketika melakukan pemeriksaan keselamatan.
  1. Sentiasa mengambil tahu keadaan keselamatan dari masa ke semasa dan melaporkan kepada ketua bahagian keselamatan di premis/kawasan di bawah kawalan atau pegawai atasan Syarikat yang bertanggungjawab.

RONDAAN KESELAMATAN

  1. Memastikan dan memerhatikan setiap orang yang keluar atau masuk ke premis/kawasan di bawah kawalan dan sentiasa berjaga di atas kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini.
  1. Memeriksa setiap tingkat dan premis/kawasan di bawah kawalan daripada dicerobohi oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
  1. Memeriksa setiap kunci pada pintu dan memberitahu penghuni di situ jika terdapat sebarang kejadian yang meragukan.
  1. Memeriksa semua kenderaan di tempat letak kereta ketika larut malam.
  1. Memeriksa jika terdapat sebarang bungkusan atau barang yang mendatangkan syak di sekitar kawasan tangga, lif, kawasan lobi, tempat letak kereta dan sebagainya.
  1. Memeriksa dan meninjau setiap kenderaan yang kosong.
  1. Memberi kawalan menyeluruh di sekitar premis/kawasan di bawah kawalan.
  1. Sentiasa berhati-hati kemungkinan berlaku pencerobohan di sekitar premis/kawasan di bawah kawalan terutama selepas waktu kerja biasa.
Kakitangan keselamatan sentiasa memberi perhatian dan mengambil tahu terhadap sebarang keadaan dan situasi dan segera menjalankan penyiasatan jika terdapat hal-hal yang tidak di ingini berlaku.


2007 © Copyright ALPHAGUARD.
All rights reserved.
Powered by designs.my-tuo.com.