PENGENALAN

Alpha Guard Security Services Sdn. Bhd, .

Syarikat ini merupakan hasil kombinasi daripada dua individu yang mempunyai pengalaman yang luas melebihi 15 tahun dalam bidang perkhidmatan kawalan keselamatan. Kedua-dua individu tersebut yang bertanggungjawab menubuhkan ALPHA GUARD ialah Tn. Hj. Mohd. Noh Bin Ahmad dan En. Palpanavan A/L Arunasalam. Mereka menjadi tonggak penting kepada pegurusan operasi dan hal ehwal Syarikat.

 

Syarikat ini telah di tubuhkan pada 20hb. April 1994 dan telah menjalankan operasi perniagaannya sehingga sekarang.

 

Syarikat kami beroperasi melalui lesen yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri. Syarikat ini juga diakui sebagai kontractor bumiputera berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan juga telah menganggotai Pertubuhan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia sejak tahun 1997.

 

Syarikat ini telah menjalankan perniagaannya di sebuah rumah kedai 4 tingkat milik sendiri di alamat bernombor 46A, Jalan Lumba Kuda, 80300 Johor Bahru, Johor.

 


MISI

Adalah menjadi falsafah Syarikat kami untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan selamat kepada semua pelanggan. Prinsip kami ialah sentiasa menjaga mutu kerja dan memenuhi piawaian yang telah di tetapkan. Ini adalah satu tanggungjawab kepada Alpha Guard untuk memberi perkhidmatan keselamatan yang menepati sasaran dan bersesuaian seperti berikut:

  1. Sentiasa meluaskan kawalan keselamatan meliputi beberapa sektor industri dan perdagangan seperti hotel, asrama, kilang, bank dan institusi kewangan termasuk agensi milik kerajaan serta sektor kediaman.
  1. Memberi pendedahan yang luas dan mendalam kepada kakitangan dan pekerja Alpha Guard mengenai pengetahuan kawalan keselamatan supaya setiap perkhidmatan yang di beri sentiasa memenuhi piawaian dan memelihara kualiti perkhidmatan ini selaras dengan seruan oleh Kementerian Dalam Negeri.
  1. Mendidik dan membuka minda pelanggan supaya Memahami dan mengetahui prinsip asas mengenai Keperluan perkhidmatan keselamatan.

 

 

CCTV MONITORING





  1. Memberi penerangan dan pendedahan kepada pelanggan mengenai teknologi terkini berkenaan perkhidmatan keselamatan dan bersedia untuk menempuh cabaran masa depan selaras dengan perkembangan teknologi keselamatan dan merealisasikan wawasan 2020..

 

OBJEKTIF

Matlamat utama bagi Syarikat kami untuk menyediakan kawalan keselamatan sepenuhnya berdasarkan:

Keselamatan Nyawa

 Memelihara keselamatan daripada kecederaan, penderaan, kematian dan ancaman yang disebabkan oleh samun, penculikan, keganasan, kebakaran, kecuaian serta bencana alam.

Keselamatan Harta Benda dan Infrastruktur

Memelihara keselamatan daripada kecurian, kerosakan, kebakaran, pengemboman dan rusuhan serta bermacam lagi.



 

 

 

VISI


Industri Kawalan Keselamatan sentiasa berubah mengikut peredaran revolusi atau cara hidup dan aktiviti masyarakat masa kini. Perubahan yang amat ketara dirasai sepanjang tempoh sedekat yang lalu. Kini, industri ini semakin berkembang dan permintaan terhadap perkhidmatan ini semakin memberangsangkan. Keadaan ini berlaku apabila masyarakat mulai sedar akan keperluan dan kepentingan kawalan keselamatan yang baik demi keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Oleh yang demikian, syarikat kami sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang cabaran yang akan datang dengan memastikan seluruh tenaga kerja syarikat di beri pendedahan dan latihan yang lengkap dan berkesan dari masa ke semasa. Ini kerana prestasi dan imej sesebuah syarikat itu bukan sahaja dapat dinilai berdasarkan keupayaan dan kejayaannya, tetapi juga bagaimana ia dapat menghadapi cabaran yang semakin mencabar di alaf baru ini.






Kami akan mensasarkan syarikat kami di kedudukan yang teratas dalam industri ini. Buat masa ini, Syarikat kami telah memberi banyak tumpuan dalam bidang keselamatan di bahagian selatan Malaysia sahaja(Southern Region). Kami yakin dengan usaha dan semangat yang tak pernah pudar, hasrat untuk kami luaskan perkhidmatan yang diberi ke bahagian lain dari masa ke semasa akan berjaya dilaksanakan.

Tugas dan tanggungjawab kami juga umpama ‘Corporate Watch-Dog Citizen’, yang menjadi sumbangan besar kepada masyarakat dan negara dalam melaksanakan khidmat kawalan keselamatan yang berlandaskan prinsip-prinsip jujur, amanah dan setia. Setiap perkhidmatan yang di berikan tidak mengira status, bangsa dan agama iaitu dari peringkat atasan sehingga ke peringkat bawahan.

Perubahan arus pembangunan yang pesat telah mengubah cara kehidupan masyarakat sehingga menjadi rapuh dan keadaan ini telah mendedahkan kita kepada keadaan bahaya dan kekacauan dan menjadi punca peningkatan aktiviti jenayah dewasa ini. Kejadian jenayah sering mendapat liputan di media massa setiap hari, terutama di negara-negara membangun, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia secara amnya. Disebabkan keadaan seperti ini, Alpha guard akan sentiasa mempelajari teknologi terkini dalam bidang kawalan keselamatan di perlukan untuk  mengatasi dan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang

tidak sihat seperti kecurian, pecah rumah, dan lain-lain supaya dapat di kawal dan memberi manfaat kepada pengguna dengan cara yang professional. Alpha Guard sentiasa bersedia dan tidak akan berhenti untuk melakukan dan memberi yang terbaik kepada pelanggan berkenaan perkhidmatan kawalan keselamatan ini. Kami berbangga dapat menjalankan tugas ini demi menjaga kesejahteraan masyarakat dan Negara.
2007 © Copyright ALPHAGUARD.
All rights reserved.
Powered by designs.my-tuo.com